BSMM @ PUNCAK

Just another WordPress.com weblog

Pertolongan Cemas Asas

POSTER PCA Assalamualaikum… Kali ini BSMM akan mengadakan kursus pertolongan cemas asas untuk berkongsi sedikit sebanyak mengenai asas-asas sebagai seorang anggota Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Bayaran yang akan dikenakan hanyalah sebanyak RM5 untuk buku nota yang akan diberikan kepada peserta. peserta hendaklah berpakaian kemas baju bulan sabit merah,kasut bertutup,bertudung putih dan berseluar slack. Kursus ini bersijil, dan tempat terhad. sila hubungi biro pendaftaran kami anisa-0122470100 erni-01119037317

pertolongan cemas asas

Assalamualaikum…
Kawan-kawan semua, kali ini BSMM akan mengadakan kursus tentang kemahiran pertolongan cemas asas. Kursus ini akan disertai oleh ahli-ahli BSMM puncak alam dan puncak perdana dan akan diadakan selama dua hari, bertempat di UiTM Puncak Alam. Kursus pertolongan cemas asas ini akan diadakan pada 16/11/13-17/11/13. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi AJK Pendaftaran.
Anisa- 0122470100
Erni- 01119037317
sekian, selamat beramal.

Jadual Aktiviti Diploma dan Degree Semester Semasa BSMM UiTM Puncak Alam dan Puncak Perdana

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Izinkan saya memperkenalkan diri saya. Nama saya Muhamad Faiz bin Danyal dan saya merupakan Ahli AJK SERANTA bagi Badan Sabit Merah Malaysia UiTM Puncak Perdana dan Puncak Alam 2012/2013. Sekiranya ada apa-apa pertanyaan tentang apa sahaja yang saya postkan dalam Blog BSMM ini, boleh berikan respon dalam Group Facebook BSMM c UiTM (AJKD 2012/13) PA & PP. Untuk makluman ahli-ahli BSMM UiTM Puncak Perdana dan Puncak Alam, berikut merupakan jadual aktiviti-aktiviti Diploma dan Degree BSMM PP & PA bagi Semester semasa:

Diploma:

Program lawatan ke IPK, KL
• Bakal diadakan pada 27 Julai 2013
Undang- Undang Kemanusiaan Antarabangsa
• Bakal diadakan pada 24 Ogos 2013
Aras Tinggi dan Menyelamat bersama Bomba
• Bakal diadakan pada 10 September 2013

Degree:

Pengambilan Ahli Baru
• Bakal diadakan pada 25-26 September 2013
FUN
• Bakal diadakan pada 5 Oktober 2013
Latihan Detachment
• Bakal diadakan pada 18 Oktober 2013
PCA
• Bakal diadakan pada 1-3 Nov 2013
Pameran Kesihatan bersama BSMM Cawangan Petaling Jaya
• Bakal diadakan pada 11-15 Nov 2013
AGM
• Bakal diadakan pada 29 Nov 2013

Sekiranya terdapat apa-apa penundaan, pembatalan atau perubahan dalam jadual aktiviti-aktiviti yang dijangka diadakan dalam Semester ini, saya akan memberi informasi terbaru melalui blog BSMM ini dari semasa ke semasa. Saya berharap kerjasama antara ahli-ahli BSMM amatlah dialu-alukan untuk memastikan perjalanan aktiviti-aktiviti BSMM Puncak Alam dan Puncak Perdana berada dalam keadaan lancar dan mengikut jadual.

Sekian, terima kasih.

F.D.

Kudis Tekanan

Kudis Tekanan

Kudis tekanan ialah kulit atau tisu yang tercedera disebabkan kurangnya pengaliran darah dikawasan kulit yang terlibat. Kebiasaanya ia berlaku disebabkan baring yang terlalu lama. Kebiasaannya kudis tekanan berlaku pada pesakit-pesakit lumpuh atau pesakit yang tidak mampu bergerak seperti pesakit koma.

Antara tanda-tanda kudis tekanan akan berlaku ialah timbul warna kemerah-merahan pada bahagian yang berisiko. Kawasan yang berisiko berlakunya kudis tekanan ialah telinga, siku, tumit, punggung, buku lali dan sebagainya.

Kudis tekanan boleh menjadi bahaya kerana komplikasi seperti jangkitan kuman boleh berlaku jika kudis tidak di bersihkan dan dijaga dengan rapi. Komplikasi yang lain ialah kudis tekanan boleh menyebabkan rasa sakit yang kuat.

Pencegahan adalah lebih baik daripada merawat. Antara cara untuk mencegah kudis tekanan adalah dengan mengalihkan posisi pesakit sebelum 2 jam setiap kali. ini kerana salur darah menjadi lebih sempit disebabkan berat badan pesakit menekan salur darah. Selain itu, penggunaan tilam khas juga dapat mengurangkan risiko mendapat kudis tekanan. Tilam khas ini dapat mengurangkan tekanan pada tempat-tempat yang terlibat.

Satu lagi cara untuk mengelakkan daripada berlakunya kudis tekanan adalah dengan melakukan urutan pada bahagian yang mempunyai risiko tinggi berlakunya kudis. Rawatan ini boleh dilakukan dengan mengosok bahagian berisko. DIINGGATKAN supaya tidak melakukan urutan di bahagian yang telah berkudis kerana boleh merosakkan salur darah dan saraf. Selain itu, pengambilan makanan yang bernutrisi juga sangat penting.

Cara baringan yang bagus bagi mengelakkan kudis tekanan

* Rendahkan kepala katil untuk mengelakkan geseran antara bahagian tubuh pesakit dan tilam.

* Elakkan baring di atas bahagian yang sakit. Gunakan bantal untuk megelakkan kudis tersebut daripada tekanan.

* Jangan baring di atas tulang pinggul.

* Letakkan bantal di antara buku lali dan lutut untuk mengelakkan daripada bergeser antara satu sama lain, dan juga di bawah betis untuk meninggikan tumit dari tilam.

* Jangan letakkan bantal di bawah lutut kerana ini boleh mengurangkan peredaran darah ke kaki.

Jika kudis tekanan muncul, anda perlulah merawat kudis tersebut dengan segera. Pencucian pada bahagian kudis sangat penting. Anti-septic boleh digunakan untuk mengelakkan daripada berlakunya jangkitan. Ubat-ubatan juga boleh digunakan seperti antibiotik jika jangkitan berlaku. Walaubagaimana pun, dapatkan dahulu nasihat daripada doktor.

Demahan Panas

Demahan panas adalah satu kaedah merawat menggunakan haba yang digunakan pada bahagian luar badan (kulit).

Diingatkan, demahan panas hendaklah digunakan selepas 24 jam kerana luka yang baru boleh menyebabkan timbul komplikasi yang lain seperti pendarahan jika terdapat luka. Untuk kecederaan yang kurang daripada 24 jam, demahan sejuk boleh digunakan

Antara kegunaan demahan panas ialah

1. untuk mengurangkan bengkak

2. mempercepatkan proses penyembuhan

3.  mengurankan kekejangan otot

4. memanaskan badan

Walaubagaimanapun, demahan panas juga mempunyai pantang larang dimana ianya tidak boleh dilakukan apabila

1. berlakunya pendarahan. Ini kerana, haba akan mempercepatkan lagi pengaliran darah.

2. melecur

3. terbakar

4. luka yang baru

petua hilangkan sedih

Kita mulakan dengan…

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda. Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati,kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.

Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya.Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

Insyallah

Assalamualaikum…ni nk bg tazkirah la ckit. selain daripada bersenam secara fizikal kita kenalah kuga bersenam secara mental. harap2 kita dapat mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku. bak kata sejarawan, “tak ada gunanya kita belajar sejarah kalau kita tak tahu menghargainy”.

Tazkirah hari ini..

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis, maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.” Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A..W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
“Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”
Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?” Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya”.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN2 MU,
KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.

PERKHEMAHAN DI TAMAN RIMBA KOMANWEL

Pada 2 sehingga 4 April  2010, bertempat di Taman Rimba Komanwel,Rawang,Selangor Darul Ehsan, seramai 99 orang peserta telah mengikuti modul kokurikulum anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah UiTM Puncak Alam dan Puncak Perdana iaitu program perkhemahan bantuan operasi menyelamat.

Seramai tiga orang pegawai pengiring yang menyertai perkhemahan ini iaitu Cik Noraidah bt Mokhtar selaku Pegawai Kokurikulum,Puan Norhafizatul Akma Shohor selaku penasihat program dan Puan Nor Azilah selaku jurulatih.Para peserta bertolak ke tempat perkhemahan pada pukul 4.05 dengan menaiki dua buah bas. Bas yang ketiga bertolak pada pukul lima petang. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti FAO,Jungle Trekking,Masakan Bencana,Malam kebudayaan dan juga Latihan Dalam Kumpulan(LDK).

Semua Ahli jawatankuasa perkhemahan terlibat dalam segala aktiviti kecuali Jawatankuasa Makanan kerana perlu menyediakan makanan untuk peserta. Program ini turut dibantu oleh tiga orang sukarelawan BPC iaitu Mohd Shahidie, Mohd Hisham dan Mohd Helmi. . Para peserta dikehendaki mengaplikasikan segala ilmu yang diajar pada waktu pagi oleh sukarelawan dan mengaplikasikan ilmu di dalam program FAO yang mana melibatkan enam situasi seperti terbakar, kejutan elektrik, kemalangan jalan raya, kecederaan sukan, lemas dan mengangkat mangsa(Lifting). Program ini amat sesuai dan merupakan silibus dalam BPC.

LAGU BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

hayatilah lagu ini sebagaimana anda menghayati lagu-lagu kegemaran anda. lagu ini adalah hasil lirik  daripada Dato’ Dol Ramli dan lagunya dicipta oleh  Dato’ Johari Salleh

Salam satu malaysia!

Selamat datang ke laman web rasmi BSMM@PUNCAK. Laman ini di buat dan dikelolai oleh Bsm Uitm Puncak Alam dan Puncak Perdana.

Laman ini menyediakan maklumat terkini mengenai aktiviti yang dilakukan oleh Bsm Puncak Alam dan Puncak Perdana.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi melawat laman ini.

Sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email di bsmmpuncak@gmail.com.

Kami turut menghargai sebarang sumbangan idea bagi memastikan laman web ini menjadi lebih menarik dari semasa ke semasa.