BSMM @ PUNCAK

Just another WordPress.com weblog

SEJARAH

Sejarah Penubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia

TARIKH PERISTIWA
1948 Kolonial British menubuhkan cawangan bagi Persatuan Palang Merah British di Sabah dan Sarawak. Penubuhan cawangan pertama tersebut bagi negara ini telah dilakukan selepas kunjungan Kolonel Stevenson ke Sandakan, Sabah.
1950 British membuka lebih banyak cawangan di Semenanjung Tanah Melayu pula bermula dengan Cawangan Pulau Pinang.
1952 Pembukaan cawangan di negeri Perak, Selangor, Melaka, Johor, Terengganu dan Pahang.
1953 Lebih banyak cawangan dibuka.
1957 Semasa Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, cawangan-cawangan di Semenanjung telah dikelolakan sebagai Federation of Malaya Red Cross Society yang kemudiannya diperbadankan mengikut peruntukan Akta Federation of Malaya Red Cross Society (Incorporation) 1962.
4 Julai 1963 Federation of Malaya Red Cross Society telah menerima pengiktirafan rasmi daripada International Committee of the Red Cross (ICRC) sebagai pertubuhan nasional yang bebas.
24 Ogos 1963 Berikutan dengan itu, Federation of Malaya Red Cross Society telah diperakui sebagai ahli dalam International League of Red Cross and Red Crescent Societies.
1965 Selepas pembentukan negara Malaysia pada tahun 1963, akta untuk menubuhkan Federation of Malaya Red Cross Society beserta dengan cawangan-cawangannya di Sabah dan Sarawak di bawah nama Persatuan Palang Merah Malaysia telah diluluskan oleh Parlimen melalui peruntukan Akta Malaysian Red Cross Society (Incorporation) 1965 (Akta 47).
21 Ogos 1975 Akta Malaysian Red Cross Society (Change of Name) 1975 (Akta 162) yang telah diluluskan oleh Parlimen mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong pada ketika itu.
4 September 1975 Akta tersebut telah diwartakan dan secara rasminya Persatuan Palang Merah Malaysia bertukar namanya kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM).
25 Mac 2007 Mesyuarat Majlis PBSMM kali ke-116 telah memutuskan penjenamaan semula bagi PBSMM yang melibatkan pertukaran nama kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
27 Jun 2007 Surat Pekeliling dikeluarkan dan diedarkan kepada semua cawangan bagi memaklumkan penukaran nama tersebut.

Berdasarkan rekod pada 8 Mei 2004, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) telah mempunyai 15 cawangan dan 148 chapter dengan keanggotaan seramai 290,832 ahli.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: